1.0 PENDAHULUAN
Iklan merupakan sebarang alat komunikasi
berbayar yang tidak bersifat peribadi dan ditujukan kepada kumpulan sasaran
dengan tujuan mempromosikan, memperkenalkan, meningkatkan dan melariskan jualan
suatu produk, perkhidmatan ataupun idea oleh penaja yang dikenalpasti.
Pengiklanan juga didefinisikan sebagai komunikasi tidak peribadi yang ditujukan
kepada khalayak yang ramai. Ianya menunjukkan bahawa periklanan tidak
menjalankan aktiviti secara bersemuka dengan khalayak dan periklanan menggunakan
medium komunikasi media massa seperti radio, televisyen, majalah, akhbar dan
papan iklan.
Menurut Phil Astrid S.
Susanto iklan itu mempunyai tujuan utama iaitu memperkenalkan sesuatu produk
atau perkhidmatan kepada khalayak untuk mendorong mereka melakukan tindakan
yang diinginkan oleh pengiklan tersebut. Terdapat tiga tujuan utama periklanan
mengikut urutan iaitu yang pertama memberikan kesedaran, menyampaikan maklumat
berkaitan idea atau gagasan. Kedua, berusaha mempengaruhi emosi khalayak untuk
meminati produk atau perkhidmatan yang ditawarkan melalui penerangan kelebihan
barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengiklanan. Yang terakhir pula
adalah menyakinkan khalayak tentang kelebihan produk pengiklanan dan
mempengaruhi mereka melakukan tindakan untuk membeli produk sama ada produk
tersebut adalah sebuah barang atau perkhidmatan.
Nilai-nilai pula adalah
membawa pengertian pengajaran atau pegangan berkaitan buruk baik sesuatu
perkara, sikap atau kelakuan yang dirujuk terhadap etika kemanusiaan yang
terbahagi kepada tiga konsep iaitu yang pertama hati nurani seseorang individu.
Seterusnya, sistem prinsip dan pertimbangan yang kadang-kadang dipanggil nilai
moral yang dikongsikan dalam sesuatu komuniti sama ada menerusi kebudayaan, keagaman
dan falsafah dan yang terakhir prinsip moral atau tingkah laku. Nilai juga
boleh didefinisikan sebagai suatu konsep yang dijadikan sebuah asas oleh
masyarakat untuk melihat, mengukur atau membuat pilihan terhadap sesuatu
perkara, darjat, mutu, kualiti, dan tahap tingkah laku seseorang atau
sekelompok orang yang baik, bernilai dan berharga.
Dalam penulisan ini
pengkaji akan menunjukkan beberapa nilai yang terdapat dalam 5 buah iklan yang
telah dipilih oleh pengkaji. Hal ini dilakukan bertujuan untuk menunjukkan
bagaimana sesebuah nilai mempengaruhi keberkesanan sesebuah iklan yang
dihasilkan oleh syarikat-syarikat yang ternama.
2.0 NILAI DALAM PERIKLANAN
1. IKLAN NIKE
NIKE adalah jenama sukan yang sangat popular
dan berpengaruh. Bagi penggemar jenama ini mereka menganggap jenama NIKE ini
adalah jenama sukan nombor 1 di dunia. Hal ini kerana, jenama ini terkenal
dengan kualitinya yang tinggi, mempunyai reka bentuk kasut yang tersendiri,
harga mampu milik dan sebagainya. NIKE juga mengikat kontrak dengan atlet-atlet
popular di serata dunia seperti Cristiano Ronaldo, Michael Jordan, Maria
Sharapova dan banyak lagi. NIKE diasaskan pada tahun 1964 di bawah pegangan
saham Bill Bowerman. Beliau bekerjasama dengan jurulatih balapan iaitu Phil
Knight untuk menubuhkan NIKE Inc. NIKE mempunyai satu slogan iaitu “Just Do
It”. Slogan ini merupakan kata-kata terakhir seorang pembunuh bersiri iaitu
Gary Gilmore yang dijatuhkan hukuman tembak sampai mati pada 1977. kata-kata
terakhir beliau menjadi bualan hangat di akhbar pada ketika itu dan mendorong
NIKE menggunakan slogan tersebut.
Iklan-iklan yang
dihasilkan oleh NIKE mempunyai nilai-nilai yang tersendiri dan terkenal kerana
di setiap iklan yang mereka keluarkan mempunyai tarikan dan konsep yang menarik
dan mampu meningkatkan minat khalayak terhadap jenama itu. Sebagai contohnya
iklan yang dihasilkan di atas adalah iklan kasut bola sepak. Dalam iklan
tersebut NIKE mempromosikan kasut bola mereka dengan menggunakan khidmat
pemain-pemain bola sepak yang terkenal di seluruh dunia seperti Cristiano
Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar JR, Iniesta, Wayne Rooney dan banyak lagi.
Di dalam iklan tersebut
diperlihatkan dua kumpulan remaja sedang bermain di sebuah padang dan mereka
menirukan gaya bermain idola bola sepak mereka. Para pemain menunjukkan
gelecekan dan teknik-teknik menarik dalam bola sepak. Perkara ini menarik minat
para khalayak khususnya penggemar bola sepak untuk menonton iklan tersebut dan
menimbulkan kesedaran (Awareness) terhadap jenama tersebut manakala untuk
penggemar asal jenama NIKE iklan ini bertujuan akan meningkatkan lagi minat
mereka terhadap jenama tersebut.
Iklan tersebut juga
memperlihatkan penggemar bola sepak di seluruh dunia melihat perlawanan
tersebut bersama-sama dan di sini dapat kita lihat menerusi bola sepak ini ia
dapat menyatukan masyarakat tidak kira agama, bahasa, bangsa dan warna kulit.
Pada akhir iklan ini dipertontonkan “ show us your game with risk everything”,
slogan ini digunakan oleh NIKE untuk meningkatkan lagi keyakinan diri dan minat
khalayak terhadap bola sepak. Secara tidak langsung dapat memberi nilai positif
terhadap perkembangan jenama tersebut.
Kesimpulannya, di dalam
iklan ini dapat kita lihat NIKE bukanlah sekadar satu jenama sukan yang
terkenal yang hanya menginginkan keuntungan tetapi ianya juga adalah jenama
yang mampu menerapkan nilai positif terhadap masyarakat. Nilai-nilai seperti
budaya hidup bermasyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan budaya serta nilai
meningkatkan keyakinan diri menerusi slogan-slogan yang menarik seperti “Just
Do It”, “Show us your with risk everything” dan banyak lagi. Oleh itu, dapat
kita lihat jenama NIKE ini mempunyai nilai yang positif dalam setiap iklan yang
mereka hasilkan.
2 . IKLAN KFC
KFC (Kentucky Fried Chicken) diasaskan oleh
Colonel Harland Sanders, seorang usahawan yang mula menjual ayam goreng di
pinggir jalanraya di Corbin, Kentucky. Beliau mengenalpasti potensi konsep
francais restoran dan francais Kentucky Fried Chicken yang pertama di buka
adalah di Utah pada tahun 1952. pada Julai 1940 sander memuktamadkan apa yang
dikenali sebagai resepi asalnya dari 11 jenis rempah ratus. KFC juga mempunyai
slogan iaitu “it’s finger lickin good” yang menjadi slogan di setiap syarikat.
KFC adalah sebuah perniagaan Francais yang mana ianya mempunyai cawangan di
serata dunia tidak terkecuali di Malaysia. Mereka juga biasanya membuat iklan
berkonsepkan atau bertemakan perayaan yang terdapat di sesebuah negara. Di
Malaysia, KFC menyediakan iklan di setiap hari perayaan seperti Hari Raya
Aidilfitri, Hari Natal, Deepavali, Hari Kaamatan, Hari Gawai dan sebagainya.
Sebagai contohnya, iklan di atas ianya adalah iklan Hari Raya Aidilfitri yang
bertemakan dendam seorang adik terhadap abangnya yang berdurasi selama 4 minit
29 saat.
Dalam iklan tersebut,
diperlihatkan seorang adik yang menyimpan dendam terhadap abangnya yang telah
mempermalukannya di hadapan seorang wanita yang dia sukai dan peristiwa
tersebut menjadi sebab utama adiknya menyimpan dendam sehingga mereka dewasa.
Abangnya berusaha meminta maaf berkali-kali kepada adiknya sehinggalah satu
pagi di hari raya berlaku pergaduhan antara mereka. Mereka dimarahi oleh ibu
mereka kerana sehingga dewasa masih bergaduh. Si adik merenungkan kembali apa
yang telah dia dilakukan terhadap abangnya dan dia sedar bahawa abangnya
berusaha dan ikhlas untuk meminta maaf terhadap kesalahan lalu namun tidak
diendahkan olehnya. Timbul rasa kesal dalam diri si adik dan pada malam itu
juga si adik meminta maaf terhadap abangnya dengan memberikan KFC sebagai
balasan dia tidak mengambilnya setelah diberikan oleh abangnya dahulu. Di akhir
iklan mereka bermaafan dan di dalam iklan tersebut juga menunjukkan bahawa KFC
memperlihatkan kata-kata tentang kemaafan iaitu “kemaafan membebaskan,
keikhlasan mendewasakan” ianya menerangkan bahawa sebuah kemaafan mampu merubah
sesuatu menjadi lebih baik dan mengikhlaskan sebuah kemaafan itu juga
menunjukkan kematangan fikiran. Dapat kita lihat, iklan yang dihasilkan oleh
KFC ini juga mempunyai nilai yang positif iaitu nilai dalam mengeratkan
silaturahim dan kemaafan.
3. IKLAN AIR ASIA.
Air Asia Berhad adalah syarikat penerbangan
tambang murah yang berpengaruh di Malaysia dan syarikat penerbangan tambang
murah yang pertama di Asia. Air Asia beroperasi penerbangan antarabangsa dan
tempatan ke lebih 400 destinasi merentasi 25 negara. Air Asia telah diangkat
menjadi penerbangan kos rendah terbaik di dunia selama 10 tahun berturut-turut.
Ditubuhkan pada 1993 dan mula beroperasi pada 18 November 1996.
Di dalam iklan di atas
dapat kita lihat Air Asia menggunakan khidmat pelakon terkenal iaitu Mira
Filzah sebagai watak utama untuk menghasilkan iklan ini. Di dalam iklan
tersebut Mira berperanan sebagai seorang remaja yang ingin melancong ke Korea
iaitu salah satu negara yang maju dan mempunyai pemandangan yang indah. Dapat
di lihat sebelum melancong Mira merancang jadual perjalanan dan juga tempat
yang ingin dikunjungi di Korea terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Di
sini dapat kita lihat Air Asia menyelitkan bahawa betapa pentingnya perancangan
sebelum memulakan perjalanan ke mana-mana sahaja kerana jika tidak mempunyai
perancangan mungkin sebuah perjalanan yang diimpikan itu tidak menjadi seperti
yang diinginkan dan juga sia-sia. Selain itu, menerusi iklan ini Air Asia
menunjukkan pentingnya melancong bersama-sama kawan kerana adalah berbahaya
untuk melancong seorang diri. Ianya berisiko tinggi untuk seseorang yang
melancong seorang diri berkemungkinan besar dia akan tersesat dan menjadi
target utama penjenayah atau sindiket penipuan. Perkara ini dapat disaksikan di
dalam iklan tersebut apabila Mira kehilangan jadual perjalanannya dia tersesat
dan tidak tahu arah yang hendak dituju. Dia bernasib baik menemui seorang
lelaki baik yang menemaninya pergi ke tempat-tempat yang diinginkannya dengan
selamat. Dapat kita lihat di dalam iklan ini juga terdapat nilai yang
diselitkan oleh Air Asia iaitu dalam konteks menjaga keselamatan diri ketika
melancong kerana keselamatan adalah perkara yang paling penting ketika
melancong ke tempat lain kerana dikhuatiri palancongan itu pula menjadi sejarah
hitam dalam hidup seseorang.
4. IKLAN BMW.
Jenama BMW mempunyai sejarah yang berawal dari
tahun 1916. ianya berkait dengan 3 sejarah syarikat berbeza di Jerman ketika
itu Rapp Motorenwerke, Bayerische Flugzuegwerke dan Automobilwek Elsenach. Pada
mulanya, Rapp Motorenwerke yang ditubuhkan oleh Karl Frederich Rapp adalah
sebuah syarikat yang membuat enjin kapal terbang. Namun, selepas karl
melepaskan sahamnya kepada pemilik baharu Rapp Motorenwerke dinamakan semula
sebagai Bayerische Motoren Werke atau singkatannya BMW.
Iklan di atas adalah
tentang keluaran kereta baharu BMW iaitu 3 series G20 yang dikeluarkan pada
tahun 2019. Seperti yang kita tahu BMW adalah pengeluar kereta mewah, berkuasa
tinggi yang mempunyai reka bentuk yang menarik. Seiring masa berlalu mereka
telah mengeluarkan kereta edisi terbaru mereka dengan kelebihan-kelebihan yang
tersendiri. Dalam iklan di atas dapat dilihat BMW menunjukkan betapa
pengtingnya teknologi yang canggih dapat memberi nilai yang positif dan sangat
membantu pemanduan seharian. Seperti yang ditunjukkan dalam iklan tersebut
mereka memperkenalkan sistem Intelligent Personal Assistant yang dipasang pada
keluaran kereta baharu mereka dan dilengkapi dengan pelbagai kelebihan. Salah
satu kelebihannya adalah kereta ini berkemampuan untuk mundur secara automatik
tanpa perlu dipandu dalam jarak 50 meter, menunjukkan arah yang ingin dituju
secara audio kepada pemandu, dapat menerima arahan pemandu hanya dengan
percakapan tanpa menekan sebarang tombol atau menu pilihan dan dapat mengawal
suhu yang sesuai untuk keselesaan pemandu di dalam kereta. Perkara ini
memudahkan pemandu semasa memandu dan juga dapat mengurangkan risiko
kemalangan.
Kesimpulannya dapat kita
lihat melalui kecanggihan dan kemewahan yang terdapat pada kereta keluaran BMW
ini ianya juga mempunyai tujuan atau nilai lain yang ingin disampaikan. Tujuan
utama atau nilai tersebut adalah untuk meningkatkan keselamatan dalam pemanduan
untuk mengelakkan kemalangan yang boleh meragut nyawa pemandu dan juga turut
membahayakan orang lain. Hal ini kerana keselamatan adalah perkara utama yang
perlu dititikberatkan ketika memandu.
5. IKLAN ROLEX.
Rolex adalah jenama bagi jam tangan yang sangat
popular. Ianya diasaskan oleh Hans Wilsdorf yang lahir pada 22 Mac 1881 yang
awalnya bekerja sebagai wartawan bahasa inggeris dengan Messrs. Syarikat itu
adalah pengeksport jam tangan dan dengan inilah Hans diperkenalkan kepada
perniagaan pembuatan jam. Menjelang tahun 1903, berpindah menetap di London dan
bekerja sebagai pembuat jam. Beliau menubuhkan syarikatnya sendiri dengan
bantuan kewangan dari abang iparnya iaitu Alfred Davis.
Iklan di atas pula adalah
menunjukkan seorang penulis skrip dan juga pengarah filem yang terkenal iaitu
James Cameron menceritakan tentang pengalaman hidupnya membuat beberapa filem
yang terkenal seperti Titanic dan juga Avatar. Beliau menyatakan bahawa di
dalam membuat filem Avatar beliau telah mengunjungi sebuah penempatan orang
asli di pedalaman sungai Xingu yang terletak di hutan Amazon. Beliau berkenalan
dengan ketua penduduk di petempatan tersebut. Ketua penduduk itu memberikan
satu barang yang mempunyai nilai yang amat tinggi terhadap dirinya kepada James
sebagai tanda persahabatan. Sebagai balasan James telah memberikan jam
tangannya yang berjenama Rolex kepada ketua penduduk itu. James mengatakan
bahawa beliau telah memakai jam tangan itu selama 20 tahun dengan 33 kali
selaman ke tempat karamnya kapal Titanic untuk menghasilkan filem Titanic
sehinggalah filem baharunya iaitu Avatar dihasilkan. Jam tangan itu sentiasa
bersama-sama menemani dirinya dari satu pengalaman ke pengalaman berharga yang
lain. Beliau juga memakai jam yang sama ketika menerima anugerah Oscar setelah
mengarah filem Titanic yang popular pada masa dahulu. Dapat kita lihat jam
tangan bukanlah sekadar jam tangan yang hanya menunjukkan masa tetapi ia juga
mempunyai nilai yang tersendiri terhadap diri seseorang. Dalam iklan ini juga
dapat dilihat Rolex menunjukkan betapa pentingnya dalam menjalinkan hubungan
yang baik terhadap semua orang dan menghargai sesuatu benda dan sahabat.
3.0 KESIMPULAN
Menerusi iklan-iklan yang
telah ditunjukkan di atas terbukti bahawa setiap iklan yang dihasilkan oleh
sesebuah syarikat perniagaan itu mempunyai nilai yang dapat diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Mereka juga terbukti tidak hanya berfikir tentang
keuntungan sahaja malah mereka juga memikirkan keperluan, keselesaan dan apa
yang dapat memberikan kebaikan kepada khalayak sasaran mereka. Diharapkan
iklan-iklan sebegini terus dihasilkan oleh syarikat-syarikat perniagaan bukan
sahaja syarikat yang besar malah syarikat-syarikat yang kecil. Hal ini kerana,
ia sangat memberikan manfaat yang besar untuk pengusaha dan juga khalayak
sebagai sasaran audiens.
4.0 RUJUKAN.
Hess, J. P.,
& Dowling, J. (2001).
Hidayat, O. S.
(2014). Metode pengembangan moral dan nilai-nilai agama.
https://iluminasi.com/bm/kisah-bagaimana-rolex-boleh-menjadi-raja-jam-tangan.htm l. Diakses pada 20 October. 10.14 a.m.
http://oneip.com.my/kentucky-fried-chicken-kfc/. Diakses pada 20 October. 9.35 a.m.
Morrisan, M. A.
(2015).
Simms, C. D.,
& Trott, P. (2006). The perceptions of the BMW Mini brand: the
Yunus, R.
(2013). Transformasi nilai-nilai budaya lokal sebagai upaya pembangunan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan