LEGENDA AKI KULINDOD
Gaduhau antara org yg sgt kenal dgn Kulindod
Aki Kulindod
adalah penentang penjajahan British. Aki Kulindod menyerang secara gerila dan
berseorangan. Beliau adalah seorang yang kebal terhadap segala jenis senjata.
Sebagai 'Golzom Rinovusan" beliau tidak dapat diluka apa-apapun
senjata yang diggunakan oleh pihak British. Kulindod berasal dari Kirangavan Bandau dan
seorang penjaga pesisiran pantai sekitar Kudat, Marudu dan Pitas.
Aki Kulindod
menyerang hendap kapal-kapal british atas penentangannya terhadap cukai
kepala di sekitar Kudat dan bertempur dengan british beberapa kali
sehingga akhirnya membuat janji kepada penguasa british untuk tidak
menyerangnya lagi kerana demi keselamatan "orang-orang momogun yang
lain" dari menjadi serangan british.
Menurut
perjanjian Kulindod dan Kadim, Kulindod akan membantu mereka dalam perang
antara british tetapi tidak secara berdepan. Kulindod mengatakan apabila mereka
berperang "Kulindod akan melalui kawasan sekitar pertempuran tersebut dan
mengakibatkan segala senjata british tidak akan meletup apabila di tembakkan.
Syaratnya ialah supaya semua orang-orang Kadim terselamat maka di larang sama
sekali untuk bersorak kerana itulah peraturan yang di berikan oleh Semangat
Ansamung yang menjaga Aki Kulindod. Maka seperti perjanjian tersebut maka
itulah yang di lakukan mereka. Apabila tentera british mula menyerang kawasan
Kadim maka Aki Kulindod naik kerbaunya dengan beberapa karung padi hadiah dari
Kadim.
Disebabkan Aki
Kulindod melalui kawasan pertempuran tersebut maka senjata api pihak british
tidak meletup apabila di tembakkan. Maka Kadim dan pengikut-pengikutnya
menyerang habis-habisan barisan hadapan tentera british tersebut. Disebabkan
Kadim keghairahan dengan perang tersebut maka dia berkata kepada semua
pengikut-pengikutnya bahawa perang tanpa letupan senjata british tidak
menyeronokkan, maka bagus kita langgar saja peraturan Kulindod supaya
cucu-cicit kita akan mengenang perang Kadim dan bukanlah perang Kulindod
katanya. Maka Kadim terus bersorak-sorak dengan kuatnya dan pada masa itu
jugalah barisan meriam british mula meletup apabila di tembakkan.
Pada masa itulah
kerbau Kulindod tertembak dengan meriam dan mati. Pada masa sama
pengikut-pengikut Kadim yang tidak mempunyai ilmu kebal mati di hujani
peluru. Dan Kadim sendiri telah terbunuh di medan pertempuran. Lalu
Kulindod tahulah bahawa Kadim tidak mengikut perjanjian mereka. Manakala
pengikut Kadim yang lain sudah melarikan diri dan mengajak Kulindod bersama
untuk melepaskan diri. Kulindod menyuruh mereka untuk menghantar pesan
kepada keluarganya di Kirangavan dengan menyuruh anak perempuannya di
hantar ke Pitas dan anak lelakinya di hantar ke Matunggong. Dan
pesannya kepada pengikut-pengikut Kadim yang terlepas itu, sekiranya
british menanyakan tentang ahli-ahli keluarganya maka jawablah bahawa
"kulindod adalah seorang pengembara dan tidak mempunyai
keluarga. maka orang momogun tidak ada rasa tanggungjawab terhadap
kulindod" demikianlah pesannya. Ini kerana kulindod risau british akan
menyerang semua orang-orang kampung di Kirangavan. Lalu Kulindod
menyerang british sehingga british berundur dari kawasan
pertempuran. Perlindungan Kulindod untuk Kadim telah terbolos tetapi bagi
dirinya sendiri peluru dan meriam tidak mampu menggugat Kulindod.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan