Khamis, 30 Julai 2020

KESAN COVID-19 KEPADA SESEBUAH NEGARA


Covid-19 akan memberikan banyak kesan negatif kepada sesebuah negara dan masyarakat. Sepertimana yang kita tahu Covid-19 ini akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan masyarakat. Covid-19 adalah virus atau wabak yang boleh membahayakan kesihatan masyarakat sehingga boleh menyebabkan kematian. Ini kerana, golongan ilmuwan dalam bidang perubatan khususnya doktor-doktor pakar belum menemui vaksin atau ubat yang lebih efektif untuk menangani wabak ini.

Selain itu, Covid-19 juga memberi kesan negatif terhadap sistem ekonomi sesebuah negara dan juga masyarakat dalam negara tersebut. penulran virus Covid-19 boleh menyebabkan sistem ekonomi sesebuah negara tidak berkembang dengan baik dalam erti kata lain ekonomi negara terjejas kerana banyak aktiviti perniaga yang tidak dapat dijalankan. Ini kerana, banyak perusahan-perusahan yang tidak dapat dijalankan seperti biasa. Sehubungan dengan itu, ekoran daripada penularan wabak atau virus Covid-19 sistem ekonomi atau sumber pendepatan masyarakat terjejas. Ini kerana, tidak ada sebarang aktiviti perniagaan dan pekerjaan yang dapat dilakukan oleh masyarakat. Hal ini menyebabkan masyarakat mengalami masalah kekurangan bahan makanan dan keperluan seharian yang lain.

Penularan virus Covid-19 ini turut melumpuhkan sumber pendapatan sesebuah negara dalam sektor pelancongan. Perkara ini berlaku kerana tidak ada sebarang aktiviti pelancongan yang dapat dijalankan disebapkan semua masyarakat tidak dibenarkan keluar daripada kediaman mereka untuk melakukan sebaranag pergerakan yang merentasi antara negara, negeri mahupun daerah.

Seterusnya, Covidd-19 juga turut memberi kesan terhadap semua aktiviti sukan. ini kerana, merisaukan akan berlakunya penularan virus Covid-19 dalam kalangan masyarakat khususnya para atlit negara dan juru lati. Hal ini menyebabkan ramai atlit negara yang mengalami kemrosotan pristasi dalam bidang yang mereka ceburui dan terpaksa berlatih keras semula untuk meningkatkan semula kualiti mereka.

Tidak boleh juga dinafikan bahawa bidang pendidikan sesebuah negara juga mengalami kesan negatif yang sangat ketara akibat daripada penularan virus Covid-19 ini. Ramai pelajar yang menuntut dipengajian tinggi yang menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan tugasn-tugasan dan menghadiri kuliah online kerana masalah rangkaian yang tidak stabil lebih-lebih lagi golongan pelajar yang berada diluar bandar dan kawasan pendalaman. Hal ini menyebebabkan kemungkinan besar ramai pelajar yang menuntut di pengajian tinggi tidak dapat bergraduasi pada waktu yang tepat kerana terpaksa menangguhkan pengajian mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penemuan & Kisah Hidup Albert Einstein.

Video Penemuan Dan Kisah Albert Einstein Saintis ini merupakan tokoh paling terkenal di dunia. pada abad ini, ramai yang mencari...