NOTA MARKETING STRATEGY
IMC adalah salah satu bentuk koordinasi
mengenai kesemua aktiviti pempromosian untuk mencapai impak yang besar dan
mesej promosi yang berfokus kepada pelanggan dengan menggunakan kos yang
rendah. Hal ni kerana setiap hari, pengguna akan menerima banyak mesej-mesej
pemasaran. Oleh itu, strategi pemasaran bermula daripada kemahuan atau
keperluan mereka dan kemudian berbalik kepada produk. IMC terbahagi kepada
beberapa bentuk alatan iaitu promosi, personal selling, direct marketing, PR
dan periklanan.
1. IMC: Mesej
Tiga Keberkesanan mesej IMC:
·
Untuk mendapatkan perhatian penerima/pngguna
·
Utk mendapatkan kesefahaman diantara penghantar dan
penerima
·
Dapat merangsang kperluan penerima dan mencdangkan maksud
yg ssuai utk memuaskan mereka
·
Memberikan informasi tentang kesesuaian produk kepada
pasaran
·
Meningkatkan permintaan daripada pengguna
2. Elemen-elemen promotional mix
Promotional mix adalah
kombinasi strategi yang paling baik iaitu berkaitan dengan periklanan, personal
selling, dan medium promosi yang lain. Kesemuanya dirancang untuk mencapai
tujuan program penjualan.
A. Personal selling
Cara
paling lama diamalkan dalam penjualan. Personal selling dilakukan secara
langsung oleh pihak penjual untuk meyakinkan pembeli tentang potensi produk
atau khidmat yang ditawarkan. Melalui cara ini, penjual dapat mengubah mesej
komunikasi untuk memenuhi keperluan dan keinginan pengguna dan mendappatkan
maklum balas secara langsung dari pelanggan.
B. Non persolan selling
·
Periklanan
Periklanan
adalah bentuk komunikasi melalui pelbagai media massa seperti Tv, radio,
majalah dan akhbar. Medium diggunakan untuk menyebarkan maklumat tentang
syarikat, produk dan perkhidmatan atau idea penaja yang diketahui. kaedah ini
paling banyak diggunakan kerana ia dapat menjangkau khalayak dengan jumlah yang
sangat besar daripada kaedah-kaedah lain. Di samping itu, pengiklan juga boleh
membina ekuiti jenama dengan mencipta imej jenama dan persatuan jenama menerusi
pelaksanaan iklan dalam minda pengguna.
·
Direct
Marketing
direct
marketing adalah aktiviti pemasaran yang dilakukan oleh syarikat secara
langsung kepada pengguna. Umumnya aktiviti pemasaran ini delakukan dengan
menghantar direct mail, telemarketing , internet via email dan mesej
elektronik, media cetak dan jualan langsung kepada pelanggan yang disasarkan.
Untuk mendapatkan jalinan hubungan langsung dengan pelanggan, syarikat itu
harus mengurus pengguna berdasarkan data yang telah dikumpul atau disimpan.
·
Public
relation
Sama
seperti pengiklanan kerana perhubungan awam juga dilakukan melalui pelbagai
media massa seperti Tv, radio, majalah dan akhbar. Badan perhubungan awam akan
menyebarkan maklumat syarikat, produk dan perkhidmatan secara langsung dan
tidak langsung dalam bentuk siaran berita, sidang media, artikal, filem dan
lain-lain. Bezanya dengan periklanan adalah untuk memasukkan rangkaian media
massa syarikat yang tidak membelanjakan wang khas tetapi menyediakan berita
mengenai produk dan perkhidmatan, mengendalikan peristiwa atau aktiviti untuk
dilindungi dan diterbitkan oleh media massa. Tujuan utama perhubungan awam
adalah untuk membuat dan mengurus imej positif syarikat di mata awam yang
biasanya dilakukan dengan mengumpul dana, menaja acara khusus, mengambil
bahagian dalam kakitangan masyarakat dan lain-lain.
·
Promosi jualan
Alat-alat
insentif yang dipakai untuk merangsang pembelian atau penjualan sasuatu produk
atau perkhidmatan dengan lebih cepat dan lebih besar biasanya bersifat jangka
pendek. Promosi jualan dianggap berjaya dalam mencapai sasaran pasaran tertentu
dengan menawarkan produk mereka memalui penggunaan kupon pembelian, sample, dan
cara lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan