Selasa, 24 September 2019

TARIAN TRADISIONAL MONGIGOL DAN SUMUNDAI SUKU KAUM MOMOGUN RUNGUS

MONGIGOL SUMUNDAI

Pengenalan Tarian Tradisional Mongigol Dan Sumundai Suku Kaum Rungus:
Tarian Mongigol Sumundai merupakan sejenis tarian suku kaum Rungus di utara Sabah. Ia sebenarnya merujuk pada dua jenis tarian iaitu yang ditarikan oleh kaum lelaki dan yang ditarikan oleh kaum perempuan. Tarian Mongigol merupakan tarian bagi lelaki sementara tarian sumundai pula bagi perempuan, namun tarian ini dipersembahkan secara serentak iaitu lelaki akan mendahului tarian dan diikuti oleh empat atau lebih penari perempuan.
Tarian mongigol sumundai ini biasanya diiringi dengan paluan gong yang dimainkan oleh pemalu gong yang terdiri daripada sekumpulan enam atau tujuh orang pemain muzik. Alat muzik tradisi kaum Rungus adalah gong dan masih digunakan sehingga kini. Gong masyarakat Rungus terdiri daripada tujuh jenis iaitu, koritikon (canang), sandangau (canang), pompom, soludon, tongikon (tavag), hungkodonan (tavag) dan bimbingan (Tavag).
Hasil carian imej untuk tarian mongigol sumundai rungus


Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, majlis perkahwinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu yang istimewa.
Kadang-kadang semasa tarian ini ditarikan, beberapa orang Rungus akan membawa beberapa gelas arak buatan sendiri seperti "kinomol" yang diperbuat dari beras dan "tinonggilan" yang diperbuat dari jagung untuk para tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penemuan & Kisah Hidup Albert Einstein.

Video Penemuan Dan Kisah Albert Einstein Saintis ini merupakan tokoh paling terkenal di dunia. pada abad ini, ramai yang mencari...