Ramai orang yang tidak mengerti erti daripada perkataan komitmen. Mereka
baru sahaja tiga kali mencoba dan tidak berjaya, mereka sudah menganggap
dirinya tidak berbakat. Atau coba sekali lalu berjaya mereka terus membuat satu
kesimpulan bahawa itu adalah jalan hidup mereka. Pemahaman ini yang akan
membuat hidup kamu tidak akan berjaya. Semua tujuan hidup kamu, semua mimpi
kamu, semua semangat kamu tidak akan selalu membuat kamu terus tersenyum dan
bahagia.
Untuk mendapatkan itu, kamu kadang merasakan sakit dahulu, perih dahulu
lalu menikmati hasilnya. Jangan mengeluh ketika kamu melakukan apa yang kamu
sukai. Hidup kamu akan selalu indah. Tapi tentu sahaja ada cabaran. Dan kamu
tidak akan benar-benar berhasil bila kamu tidak melakukannya dengan sepenuh
hati. Tidak ada separuh kata bila kamu ingin berjaya dengan jalananmu sendiri.
Maka kamu harus mempunyai komitmen yang tinggi. Memang emosi itu boleh naik dan
turun tapi komitmenlah yang membuat kamu tetap disana. Jangan pernah berfikir
kamu sudah berusaha keras tapi hasilnya tidak ada. Yang patut kamu fikir adalah
bagaimanan kamu berusaha lebih cerdas dan lebih keras lagi.
Perlu kamu ingat bahawa usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil.
Sekarang apa yang akan kamu lakukan. Apakah kamu ingin tetap mengejar tujuan
hidup kamu? tapi kamu bukan satu-satunya orang yang mempunyai keinginan untuk
menamatkan pengajian dengan keputusan yang baik, kamu bukan satu-satunya yang
ingin menjadi seorang pengarah di sebuah perusahaan dan kamu bukan satu-satunya
yang ingin berjaya dalam menjalankan perniagaan online. Lalu apa yang akan kamu
lakukan? Yang perlu kamu lakukan adalah usaha yang jauh lebih keras daripada
mereka, kamu haruslah melakukan kerja yang lebih kreatif dan lebih cerdas
dibandingkan dengan mereka. Kamu harus terus belajar, kamu harus terus bersemangat,
kamu harus terus yakin dan kamu akan menjadi pemenangnya.
Mungkin ketika kamu berusaha hari ini tidak berhasil dan belum tentu minggu
depan juga tidak berhasil. Boleh juga berlaku usaha hari ini yang tidak berhasil
akan dibayar keseluruhannya pada minggu depan atau minggu depannya lagi. Tuhan
itu maha adil dan tuhan tahu siapa yang benar-benar berusaha. Sahabatku ini
adalah kesempatan kamu untuk menunjukkan siapa kamu sebenarnya, ini juga
merupakan salah satu kesempatan kamu untuk menjadi sebagai seorang contoh
kepada orang ramai. Jangan lagi kamu membuang masa, jangan lagi kamu melangkah
separuh jalan tetapi tetaplah melakukannya dengan sepenuh hati. Berhentilah
menjadi rusa kerana kamu adalah singa, kamu adalah juara, kamu tidak dilahirkan
sebagai orang biasa namu kamu telah dilahirkan sebagai orang yang luar biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan