Selamat pagi dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput saya untuk menghadiri program ini. terima kasih juga kepada pengerusi majlis yang sudi memberikan saya peluang untuk berucap pada hari ini. yang berusaha Puan Yusia Idom PKHEM sk lokoton merangkap perasmi program ZIarah Cakna dan Jom Ke Sekolah peringkat SK Lokoton (2020), yang dihormati para penolong kanan sk lokoton, guru-guru, rakan-rakan PIBG, tuan-tuan dan puan-puan serta muruid-murid yang dikasihi sekalian.
Selamat pagi dan
salam sejahtera. Saya selaku pengerusi PIBG SK Lokoton mengucapkan tahnia
kepada para pentadbir sekolah kerana dapat melancarkan program ini pada hari
ini. seperti mana yang kita tahu program ini adalah satu agenda Kementerian
pendidikan Malaysia (KPM) yang telah dilancarkan sejak tahun 2018 lagi. Program
ini adalah sebuah program yang sangat sesuai dilaksanakan pada setiap tahun agar
dapat mengeratkan hubungan yang baik serta dapat melahirkan warga penyayang
dalam kalangan guru-guru dan ibu bapa kepada para pelajar yang dikasihi
sekalaian. Sehubungan dengan itu, program ini juga dapat meningkatkan tahap
kesedaran guru-guru dan ibu bapa terhadap kepentingan menjaga kebajikan para pelajar.
Dengan adanya
pelancaran program ini, saya berharap agar pihak pentadbir sekolah dengan adanya
kerjasama ajk pibg, kita dapat menjalankan satu program untuk menziarah rumah para
pelajar yang mempunyai masalah kehadiran, masalah kesihatan, masalah disiplin
dan lain-lain. Dengan ini, kita dapat membantu mengatasi masalah-masalah yang
dihadapi oleh pelajar yang bermasalah sekaligus dapat menengani masalah
keciciran murid.
Dengan ini saya
akhiri ucapan saya dengan ucapan jutaan terimakasih kepada guru-guru dan para
pelajar kerana sudi mendengar ucapan saya sebentar tadi. Sekali lagi saya
mengucapkan salam sejahtera, salam agkas magavi dan salam SK Lokoton juara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan