Selasa, 26 Oktober 2021

MUZIUM SABAH PAMER KARYA TYT SECARA MAYA



Muzium Sabah pamer karya TYT secara maya.





Salah satu hasil lukisan Juhar yang menggambarkan suasana keindahan di kawasan kampung.

TENANG: Catan TYT yang memperlihatkan kehijauan alam.

Muzium Negeri Sabah berjaya mempamerkan “karya-karya” Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin secara maya sempena hari jadi rasmi TYT ke-68.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata seperti sedia maklum setiap tahun Jabatan Muzium Sabah diamanahkan untuk menganjurkan pameran khas bersempena dengan perayaan hari kelahiran rasmi TYT.
“Disebabkan negara berhadapan pandemik Covid 19, Muzium Sabah mengambil pendekatan dengan membangunkan sebuah pameran maya yang bertemakan “karya-karya” Tuan Yang Terutama (TYT).

“Pameran “karya-karya” kali ini membawa pengunjung untuk mendalami bakat terpendam yang dimiliki TYT dalam bidang seni.

“Pengunjung juga diberi pendedahan mengenai karya seni rupa untuk meningkatkan pengetahuan dan apresiasi masyarakat dalam seni dengan memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni melalui persepsi visual,” katanya semasa ucapan aluan Majlis Perasmian Pameran Khas terbabit.

Dalam pameran ini, pengunjung berpeluang melihat koleksi catan lanskap dan alam semulajadi hasil seni TYT Dari pemandangan berwarna-warni yang harmoni hingga ke mono ton, catan-catan Juhar menyampaikan kehalusan dalam lanskap dan alam semulajadi.

Media yang digunakan dalam koleksi catan ini adalah cat air, cat akrilik, cat minyak dan juga pastel minyak.
Seni lanskap sememangnya suatu seni yang sering digemari, baik untuk dilukis atau untuk dilihat dan diapresiasi.
Catan dan lukisan Juhar yang nampak bersahaja dalam menangkap esen suatu pemandangan berjaya mewujudkan rasa familiar, perasaan berada di kampung halaman, redup kabut selepas hujan dan keluasan alam.

Dari lanskap, kehijauan alam dan lanskap pantai lautan Sabah dan luar negara sebagai tatapan kepada yang melihat, disertakan juga dengan subjek buatan manusia seperti bot layar dan rumah yang sekaligus mengukuhkan keseluruhan catan.

Jafry berkata sebanyak 50 buah karya TYT diperagakan dalam pelbagai media dan teknik catan.
“Pihak Muzium Sabah juga memilih enam buah karya TYT untuk dianimasikan dengan kesan khas audio dan visual bagi menjadikan pameran ini lebih menarik selaras dengan penggunaan teknologi digital masa kini,” katanya sambil menambah yang dianimasikan ini boleh menjadi satu bahan promosi kepada pameran khas ini.

Dalam pada itu beliau berkata penduduk bersyukur kerana mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa menunjukkan keprihatinan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“TYT juga membimbing kita semua ke arah perpaduan, kestabilan dan keharmonian di negeri di bawah bayu yang kita cintai ini.
“Doa serta harapan seluruh rakyat negeri ini, agar TYT dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni serta keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia sepanjang masa,” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaan dan tahniah kepada jawatankuasa pameran khas “karya-karya” TYT dan juga semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan pameran khas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penemuan & Kisah Hidup Albert Einstein.

Video Penemuan Dan Kisah Albert Einstein Saintis ini merupakan tokoh paling terkenal di dunia. pada abad ini, ramai yang mencari...