Semenjak penularan virus covid-19 yang telah mengejutkan warga dunia di setiap negara yang terkesan masing-masing telah melancarkan kempen yang bertujuan untuk mengawal penularan virus agar tidak menjadi teruk seperti yang berlaku di negara China, Itali dan Amerika Syarikat. Kempen diadakan agar dapat memberi kesedaran kepada rakyat agar mereka lebih berjaga-jaga dengan setiap gerak-geri mereka. Hal ini kerana, berdasarkan data daripada peningkatan kes covid-19 di negara yang terkesan dengan teruk menunjukkan ianya berlaku akibat sikap rakyat sendiri yang tidak mahu mengambil serius terhadap Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan mereka. Malahan mereka beranggapan bahawa virus tersebut tidak begitu serius sehinggalah negara –negara tersebut mencatat kematian yang amat tinggi baru mereka menyedari betapa bahayanya penyebaran virus covid-19 ini. Walaubagaimanapun, ianya telah terlambat kerana penyebaran virus tidak dapat dikawal lagi.
Di Malaysia kita
dapat lihat kempen ataupun Peratutan Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti dengan
SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) betapa rakyat
mampu mendisiplinkan diri mereka untuk mematuhi undang-undang yang baru demi
kebaikan bersama. Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob tahap kepatuhan dalam kalangan rakyat Malaysia sangat tinggi kerana mereka
faham tujuan pelaksanaan PKP adalah untuk membendung virus ini dari terus
merebak lebih teruk di Malaysia. Beliau berkata “Sebilangan besar rakyat juga
mampu mendisiplinkan diri untuk mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP)
yang telah dikeluarkan. Namun pada masa yang sama juga terdapat segelintir yang
masih degil dan disebabkan atas kedegilan mereka diberi hukuman atas sikap
mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kepada Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan terkini iaitu Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) kita dapat melihat bagaimana pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan yang dikuatkuasakan mampu membantu menngurangkan penularan virus
Covid-19. Menurut kajian yang telah dijalankan, Malaysia kini berada di tangga
yang ke-30 daripada 200 negara di seluruh dunia dalam usaha menangani virus
Covid-19 dengan baik.
Statistik
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan jumlah kes
Covid-19 di Malaysia kini adalah
sebanyak 8,640. Jumlah bagi kes yang telah sembuh adalah sebanyak 8,375 kes
dengan jumlah kematian sebanyak 121 orang menjadikan Malaysia antara negara
yang mencatat jumlah kematian yang rendah akibat virus ini.
Keberkesanan
kempen-kempen yang dijalankan adalah hasil daripada kerjasama diantara
kerajaan, agensi-agensi swasta dan juga rakyat. Tambahan pula, sidang media
yang diadakan setiap hari bagi memberitahu info terkini kepada rakyat juga
sangat membantu. Hal ini kerana, melalui sidang media yang diadakan ianya
menjadikan rakyat lebih peka terhadap keadaan semasa agar dapat menghadkan
pergerakan mereka dan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah
disarankan oleh Kerajaan Malaysia melalui bimbingan Kementerian Kesihatan
Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat persoalan tentang adakah kempen-kempen
yang dijalankan oleh pihak kerajaan begitu sistematik dan tidak mempunyai
kelemahan di dalamnya. Oleh itu, penulisan ini dilakukan untuk melihat adakah
kempen yang dijalankan itu mempunyai kekurangan dan memerlukan penambahbaikan
dari pelbagai aspek.
Mantap
BalasPadam