Sabtu, 14 Mac 2020

PROFILE MAXSIUS MUSA PENYERANG SABAH FA



Siapa yang tidak kenal dengan pemain ini? Maxsius Musa atau Max merupakan seorang penyerang bertubuh kecil yang memiliki larian pantas. Beliau berasal dari Daerah Keningau Sabah yang dilahirkan pada 21 Mei 1993. Kini beliau sudahpun berumur 27 tahun. Beliau memakai jersi yang bernombor 21.



 Sebelum menyarung jersi pasukan senior Sabah pada tahun 2014, Max terlebih dahulu menyertai pasukan Harimau Muda B yang beraksi di Liga Singapura pada musim 2013/14. Pemain ini menjadi nadi penting pasukan Sabah di mana beliau seringkali memberikan masalah terhadap benteng pertahanan lawan dan merupakan antara penjaring utama pasukan Sabah. 
Aksi Maxsius Musa mula menyerlah pada tahun 2015 ketika beliau beraksi bersama dengan bekas bintang Liverpool dan Senegal. Larian memukau serta kelincahannya ketika membawa bola menyebabkan beliau diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan di bawah beberapa jurulatih. Kedudukan beliau dalam kesebelasan utama terus kukuh sehingga ke hari ini kerana aksinya sangat digemari oleh jurulatih.
Kita harapkan agar pristasi beliau sentiasa meningkat agar beilau berpeluang untuk menyarung jersi sineor pasukan kebangsaan Harimau Malaya.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penemuan & Kisah Hidup Albert Einstein.

Video Penemuan Dan Kisah Albert Einstein Saintis ini merupakan tokoh paling terkenal di dunia. pada abad ini, ramai yang mencari...