SEJARAH BOLA SEPAK DUNIA
Bola sepak diminati oleh semua
golongan, dari semua peringkat umur. Disana sini orang bermain bola sepak.
Sebenarnya tiada bukti kukuh yang menyatakan dari manakah bola
sepak berasal. Ini kerana tiada satu pun catatan sejarah yang menyatakan tentang
permulaan bola sepak. Terdapat empat negara yang masing-masing mengakui sebagai
tempat bermulanya bola sepak. Negara itu ialah Rom Kuno, China, Greece dan
Jepun.
Adalah dipercayai perlawanan bola sepak yang pertama ialah di antara China dan Jepun. Catatan ini terdapat di sebuah muzium di Munich yang ditulis oleh Li Ju. Beliau mencatatkan perlawanan itu berlangsung sekitar tahun 1000 sebelum masihi. Orang-orang Jepun dikatakan telah bermain bola sepak pada abad pertama iaitu di Kyoto. Orang-orang Rom dan Greek Kuno pula mengakui bahawa mereka telah bermain bola sepak sekitar tahun 500 sebelum masihi. Selain dari catatan sejarah permulaannya, tidak ada pula catatan tentang bagaimana ia dimainkan.

Menjelang selepas masihi
Mexico dan England pula mengakui bahawa bola sepak berasal dari negara mareka.
Walau bagaimanapun, pengakuan kedua negara ini tidak disertai dengan bukti yang
kukuh. Di England, bola sepak dipercayai dimainkan pada tahun 276 masihi. Pada
masa ini, bola sepak dimainkan dengan tiada peraturan, mereka boleh memegang
dan membawa lari bola. Pintu gol pula bermacam-macam jenis dan saiz.
Akhirnya pada tahun 1846, Universiti Cambridge dan beberapa pusat pengajian
tinggi di England telah menggubal undang-undang tentang permainan bola sepak.
Walaupun ianya tidak lengkap, tetapi dari sinilah permulaan undang-undang bola
sepak yang dapat kita lihat hinggalah ke hari ini. Apabila Persatuan Bola Sepak
England ditubuhkan pada tahun 1863 undang-undang bola sepak terus diperkemas
dan menjadi undang-undang rasmi bola sepak. Pada tahun 1871, pertandingan Piala
Persatuan Bola Sepak England dimulakan. Pada tahun 1885, bola sepak profesional
telah dimulakan, pemain dibayar mengikut kebolehan mereka. Perlawanan bola
sepak yang pertama bertaraf antarabangsa ialah di antara England dan Scotland tahun
1872 di Glasgow, Scotland.
Persekutuan Persatuan
Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah ditubuhkan pada tahun 1904 di Paris.
Negara yang bertanggungjawab dalam penubuhan persatuan ini ialah Belgium,
Perancis, Belanda, Sepanyol, Sweden dan Switzerland. Selepas perang dunia
pertama anggota FIFA melebihi 50 buah negara, dan kini hampir 180 buah negara
menjadi ahlinya. Selepas itu bola sepak terus berkembang dan diminati ramai.
Pada tahun1930 Pertandingan Piala Dunia diperkenalkan dan ianya terus kekal
hingga ke hari ini. Pertandingan ini merupakan salah satu pertandingan yang
terungul dalam arena bola sepak.
Bola sepak mula
diperkenalkan di Malaysia dalam tahun 1825 oleh askar-askar Inggeris. Bola
sepak merupakan satu-satunya permainan pertama dari luar yang dibawa masuk ke
negara ini. Pada tahun 1905, Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan.
Stadium pertama yang dibina ialah Stadium Merdeka yang menelan belanja sejuta
runggit. Bersempena dengan pembukaan Stadium Merdeka dan sebagai menyambut hari
kemerdekaan satu Pesta Bola Merdeka telah diadakan dan ianya terus kekal hingga
ke hari ini.
Kini, bola sepak merupakan permainan utama di dunia dan dimainkan oleh segenap lapisan masyarakat Kejohanan Piala Dunia merupakan kejohanan yang paling diminati yang diadakan empat tahun sekali. Negara seperti Brazil, Itali, Perancis, England adalah negara terkuat dalam bola sepak. Bola sepak juga kini dijadikan permainan secara kormesil yang mendatangkan keuntungan jutaan ringgit kepada pemain dan kelab-kelab. Antara pemain yang terunggul abad ini ialah Pele, Johan Cruff, Franze Beckembauer, Maradona, Ronaldo dan ramai lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan