Selasa, 29 Julai 2025

APA ITU DUIT ?...

Duit, atau lebih tepatnya mata wang ,adalah alat pertukaran yang digunakan dalam transaksi ekonomi. Duit berfungsi sebagai medium untuk membeli barang dan perkhidmatan sekaligus sebagai penyimpan nilai. Secara umumnya, duit atau mata wang boleh berbentuk wang kertas atau syiling. Mata wang bagi setiap negara adalah berbeza, seperti Ringgit Malaysia (RM) adalah mata wang yang digunakan di Malaysia. 

Berikut adalah beberapa perkera penting mengenai duit :

1.    Fungsi Duit : Duit digunakan sebagai alat tukar, ukuran nilai dan penyimpanan nilai.

2.    Bentuk Duit : Terdapat dua bentuk fizikal duit iaitu ( Kertas dan Syiling ).

3.    Ringgit Malaysia : Ringgit Malaysia (RM) adalah mata wang bagi Negara Malaysia.

4.    Sejarah : Pada zaman dahulu, manusia menggunakan sistem barter (pertukaran barang dengan barang) sehingga kini terdapat di beberapa kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak masih mengamalkan sistem ini. disebabkan sistem ini kurang efisien, maka terciptalah sistem mata wang dan terciptalah duit sebagai medium pertukaran.

5.    Perbezaan Mata Wanag : Setiap negara mempunyai mata ang yang berbeza, contohnya Ringgit Malaysia (RM), Dolar Amerika (USD), Euro, Indonesia (IDR) dan banyak lagi.

6.    Pengeluaran : Ringgit Malaysia (RM) dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan