YODOTZ N.S BLOG
JANGAN LUPA TEKAN BUTAN SUBSCRIBE PADA CHANNEL YOUTUBE DAN LIKE PAGE FACEBOOK YANG TERTERA PADA BAHAGIAN KANAN BLOG INI.
Selasa, 3 Oktober 2023
Penemuan & Kisah Hidup Albert Einstein.
Sabtu, 18 Jun 2022
Kapal Angkasa Jepun Temui Bukti Kewujudan Alien Di Asteroid!
Misi asteroid Hayabusa2 ketika ini telah disambung sehingga 2031 dengan fokus terkini misi ialah mendapatkan sampel dua lagi asteroid yang berhampiran dengan bumi. Sementara misi ini sedang berjalan, saintis mengkaji sampel batu, kerikil dan debu yang diambil daripada Ryugu. Kebanyakan sampel berukuran 1 mm lebar dengan sampel terbesar berukuran 1 cm.
Analisis dan pemeriksaan pada semua sampel Ryugu mendedahkan pelbagai molekul organik seperti asid amino, hidrokarbon aromatik polisiklik dan pelbagai jenis nitrogen. Semua elemen organik tidak pernah didedahkan kepada cahaya matahari memandangkan hanya 2-3% sahaja yang terdedah dan semua sampel tidak dipengaruhi oleh persekitaran bumi.
Para saintis percaya elemen-elemen ini merupakan komponen utama kewujudan hidupan di planet lain. Tidak mustahil abu yang dibawa dari Ryugu tersebar ke seluruh sistem suria termasuk bumi. Abu asteroid ini berkemungkinan tiba sama ada menerusi hempasan meteor atau atas sebab yang lain. Salah satu daripadanya ialah meteorit Ivuna yang tterhempas di Tanzania pada 1938.
Ini disebabkan komposisi sampel Ryugu sama dengan komposisi meteorit berkenaan. Meteorit Ivuna juga dianggap unik kerana komposisi bahannya yang jarang ditemui yang dipanggil batu kondrit berkarbon (meteor C.I.). Daripada 1,000 meteor yang ditemui di permukaan bumi, lima daripadanya dikenalpasti sebagai batu kondrit berkarbon.
Sebelum ini, saintis membuat teori bahawa hidupan wujud di planet akibat molekul-molekul organik yang dibawa oleh komet atau meteor. Antara bukti yang menyokong teori ini ialah kumpulan batu-batan yang berusia 3.3 bilion tahun yang ditemui di Afrika Selatan. Ini berdasarkan penemuan molekul organik pada kumpulan batu-batan berkenaan. Dan kini, penemuan dari sampel Ryugu memperkukuhkan lagi teori berkenaan.
Benar, mungkin sesetengah orang menyifatkan penemuan asid amino pada asteroid sebagai tidak bermakna. Tetapi ia sebenarnya meningkatkan lagi peluang menemui hidupan di luar bumi terutama di Marikh dan bulan-bulan di Musytari, Uranus atau Neptun. Ini amat membantu bagi sebarang misi penerokaan angkasa lepas membabitkan Marikh, Europa atau Uranus.
Penemuan sama dijangka turut merancakkan lagi usaha mengetahui bagaimana sistem suria yang kita tahu wujud hari ini. Ini kerana sesetengah sampel Ryugu ini dikatakan berusia tiga juta tahun selepas sistem suria hari ini terbentuk kira-kira 4.6 bilion tahun yang lalu. Ini secara tidak langsung menjadikan sampel-sampel ini sebagai fosil sistem suria.
Komposisi batu-batu meteor C.I. terdiri daripada gabungan elemen yang ditemui pada permukaan matahari. Ini sekaligus bahan terbaik untuk pembentukan awal sistem suria termasuk pembentukan planet. Analisis lebih lanjut pada sampel Ryugu mendapati ia telah dipanaskan pada peringkat awal pembentukannya.
Pemanasan ini mengakibatkan ais bertukar menjadi cecair seterusnya, mencetuskan tindak balas kimia yang mengubah komposisi mineral yang ada. Tetapi disebabkan ia tidak terdedah kepada cahaya matahari atau persekitaran planet seperti bumi, ia langsung tidak berubah. Ini menunjukkan meteor C.I. pada satu ketika merupakan sebahagian daripada asteroid yang lebih besar. Sementara Ryugu pula berkemungkinan serpihan asteroid yang ditolak oleh asteroid sama.
Namun begitu, sebelum ada melonjak-lonjak macam monyet dan kata alien wujud, lebih banyak kajian perlu dibuat. Ini kerana saintis memerlukan lebih banyak sampel batu dan abu daripada asteroid bagi membuktikan teori ini bukan omong kosong.
Atas sebab itu, ramai saintis amat menantikan ketibaan sampel asteorid Bennu yang dibawa kapal angkasa NASA, OSIRIS-REX pada 24 September 2023. Sampel dijangka digugurkan sekitar kawasan padang pasir Utah, Amerika Syarikat. Sekiranya Ryugu padan dengan meteor C.I., saintis pasti mengharapkan sampel Bennu sebagai sesuatu yang berbeza.
Tetapi dengan berita ini, peminat alien menyengihlah macam kerang busuk. Nampak gayanya lepas ini, makin ramailah petik meme Giorgio Tsoukalos!
Rujukan
Turner, B. (2022, 10 Jun). ‘Rubber-ducky’ asteroid 200 million miles away holds building blocks of life. LiveScience.
Chang, K. (2022, 9 Jun). Asteroid Samples May ‘Rewrite the Chemistry of the Solar System’. The New York Times.
Matsuzoe, R. (2022, 10 Jun). Japan asteroid probe finds 23 amino acids, researchers confirm. Nikkei Asia.
Ahad, 2 Januari 2022
SEJARAH PENEMUAN ANGKA SIFAR "0" PERTAMA DI DUNIA.
Nombor sifar ternyata mempunyai pencipta. Sebelum kita membincangkan dengan lebih mendalam tentang pencipta sifar ini, adakah anda tahu dari mana pencipta sifar ini berasal? Angka sifar itu ditemui oleh seorang dari Timur Tengah yang tidak lain tidak bukan seorang yang genius dari bangsa atau agama sejuta manusia iaitu Islam. Kita tahu bahawa banyak pencipta teknologi dari Barat atau dari contohnya England, Eropah, dan lain-lain. Namun, pencipta dari Barat tidak akan pernah menemui ciptaan mereka jika tidak ada orang Timur Tengah yang beragama Islam, pencipta nombor sifar, dia tidak lain tidak bukan adalah Al Khwarizmi. Anda kenal ahli matematik Leonardo Fibonacci? Dia seorang ahli matematik terkenal sepanjang sejarah, tetapi dia tidak akan menjadi ahli matematik tanpa Al Khwarizmi.
Selain pakar dalam bidang matematik, Al Khwarizmi yang kemudiannya menetap di Qutrubulli juga merupakan seorang ahli geografi, sejarawan, dan juga seorang seniman. Karya Al Khwarizmi
dalam bidang matematik yang tercatat dalam Kitabul Jama wat Tafriq dan Hisab Al-Jabar wal Muqabla. Pencipta nombor sifar dan juga algebra yang mempunyai nama panjang Muhammad bin Musa Al Khwarizmi menemui nombor sifar yang amat berguna untuk kita malah amat berguna kepada para saintis.
Selain mencari nombor sifar, Muhammad bin Musa Al Khwarizmi turut menyumbang kepada ilmu mengukur sudut melalui fungsi sinus dan tangen, persamaan linear dan kuadratik serta pengiraan kamiran (kalkulus kamiran). Jadual ukuran sudut (Jadual Sinus dan Tangen) adalah rujukan bagi jadual ukuran sudut pada masa ini.
Bukankah Muhammad bin Musa Al Khwarizmi ini sangat berjasa? Jika tiada Muhammad bin Musa Al Khwarizmi, pastinya anak-anak yang tidak suka matematik akan menjadi bodoh sepanjang hayat. Dan juga tidak akan ada guru Matematik, saintis matematik dalam dunia ini, kepentingan sifar adalah sangat penting.
Jumaat, 31 Disember 2021
15 ARTIS INDONESIA TIDAK SAMA DENGAN NAMA GLAMOUR MEREKA.
Rabu, 10 November 2021
NASA Rakam Foto Bintang Sedang 'Nazak' Menyerupai Portal Ke Dunia Asing
NASA Rakam Foto Bintang Sedang 'Nazak' Menyerupai Portal Ke Dunia Asing.
Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengeluarkan sebuah imej bintang gergasi yang sedang mati, yang disifatkan kelihatan seperti portal ke dunia asing, lapor akhbar Daily Star pada 31 Oktober 2021 lalu.
Bintang merah yang telah tua itu dirakam oleh Teleskop Angkasa Hubble NASA, dikenali sebagai CW Leonis dan mempunyai 'sinaran mengerikan' yang memancar ke seluruh angkasa lepas. Ia adalah bintang karbon yang paling hampir dengan Bumi sejauh 400 tahun cahaya.
"Foto bintang gergasi merah CW Leonis yang semakin tua itu kelihatan seperti sesuatu daripada kisah Halloween. Bintang itu kelihatan seperti terperangkap di dalam sarang labah-labah jingga yang membungkusnya," demikian kenyataan dikeluarkan NASA.
Menurut NASA lagi, walaupun bintang tersebut kelihatan seperti 'vorteks hipnotis', ilusinya yang menyeramkan sebenarnya berlaku disebabkan oleh keadaannya yang kehabisan bahan api.
"Memandangkan CW Leonis menghampiri penghujung jangka hayatnya, ia telah berhenti menggabungkan hidrogen dalam teras dan telah mula menggabungkannya pada lapisan luarnya.
"Pancaran cahaya terang yang memancar keluar dari CW Leonis adalah salah satu ciri bintang yang paling menarik. Ia telah berubah dalam kecerahan dalam tempoh 15 tahun iaitu jangka masa yang sangat singkat dari segi astronomi," kata NASA.
Penemuan & Kisah Hidup Albert Einstein.
Video Penemuan Dan Kisah Albert Einstein Saintis ini merupakan tokoh paling terkenal di dunia. pada abad ini, ramai yang mencari...
-
MONGIGOL SUMUNDAI Pengenalan Tarian Tradisional Mongigol Dan Sumundai Suku Kaum Rungus: Tarian Mongigol Sumundai merupakan sejenis ta...
-
Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou, juga dikenali sebagai Tip of Borneo dalam Bahasa Inggeris adalah bahagian pal...
-
Video Penemuan Dan Kisah Albert Einstein Saintis ini merupakan tokoh paling terkenal di dunia. pada abad ini, ramai yang mencari...